Comeback 'Rasul Melayu' Abdul Kahar ditahan
Admin nak berkongsi Rasul Melayu ditangkap balik malam tadi di Shah Alam
Perkara ini sangat serius kerana gerakan mereka ini mengajak masyarakat untuk mempercayai kata2 sesat kumpulan ini
Setelah sekian lama Abdul Kahar Ahmad, 70 Tahun, kembali aktif menyebarkan ajaran yang difatwakan dan diharamkan pada tahun 1991 . Malam tadi kira2 16 orang pengikutnya ditahan untuk disoal siasat oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di tiga lokasi berbeza. Abdul Kahar bebas dari penjara 4 tahun lepas (2016).
Ucapan terima kasih diberikan kepada orang ramai yang membuat aduan dan menyalurkan maklumat kepada pihak JAIS sehingga siasatan ini dapat dilakukan.
Orang ramai juga diminta terus menyalurkan maklumat kepada JAIS mengenai aduan berkaitan dan memastikan hanya Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) diamalkan di Negeri Selangor
0 Ulasan