Bagi 1kg minyakterpakai, korang boleh dapat rm1.20 hingga rm 1.50 mengikut kawasan masing-masing. Untung tak? Korang kumpul banyak-banyak baru jual. Takpe kumpul lama mana pun. Minyak tu berbau pun takpe, yang penting jangan campur air. Memang kena reject terus. Tak boleh jual. Korang letak je minyak terpakai tu dalam botol minyak kosong, dah kumpul banyak baru jual ok!
Minyak terpakai tu, kalau korang buang kat longkang atau sinki. Pertama, sinki dan longkang korang akan cepat tersumbat dan kedua, ia akan merosakkan alam sekitar terutama hidupan dalam air. Kalau jual minyak masak ni, alam sekitar terpelihara, duit dapat, encik suami pun tak letih nak suruh baiki sinki tersumbat kan??
Minyak tu nanti nak buat apa? Buat minyak bungkus ke? Tak! Tak! Minyak ni akan ditukar untuk dijadikan biodiesel untuk keperluan pengangkutan berat macam lori dan lain- lain. Banyakkan manfaatnya. Jom simpan minyak masak daripada sekarang.
Kat mana nak jual? Ok disini ada senarai kawasan setiap negeri korang boleh jual. Ataupun korang boleh taip kat facebook agen jual minyak masak terpakai berdekatan kawasan korang.
*Kuala Lumpur
Alam Flora Buy Back Center, Jalan Bunus
Gateweld Sdn Bhd, Taman Setapak
Syarikat Dinar, Jalan Gombak
Thanam Industry Sdn Bhd, Jalan Chan Sow Lin
*Putrajaya
Alam Flora Presint 9
Alam Flora Presint 15
Putrajaya Recycling Centre
*Selangor
Pusat Kitar Semula Seksyen 17 Shah Alam
Pusat Kitar Semula SS17 Subang Jaya
Pusat Kitar Tasik Serdang Ria
Cyberjaya Recycling Centre
Fathopes Energy Sdn Bhd, Kampung Subang Baru
Big Tree Waste Disposal Sdn Bhd, Cheras
Pusat Biomas Bersepadu MPSJ, Puchong
*Perak
Membeli Minyak Masak Terpakai, Taman Indah, Ipoh
*Pulau Pinang
Fatbusta Asia Pacific Sdn. Bhd. , Simpang Ampat
Sustainable Biofuels Malaysia Sdn. Bhd. , Simpang Ampat
*Kedah
Pusat Komuniti Lestari Taman Tunku Sarina (Green Community Centre), Jitra
SP Recycle Industry, Sungai Petani
TRASH4CASH, Alor Setar
Engineered Products & Services Sdn. Bhd., Kulim
*Perlis
Iyan Trading Sdn Bhd, Arau
*Kelantan
Facebook – Pembeli Minyak Masak Terpakai Kota Bharu
Facebook – Minyak MASAK Terpakai Kelantan, Kok Lanas
*Terengganu
Biodiesel Minyak Masak Terpakai Besut, Setiu, Kuala Terengganu
Pembeli Minyak Masak Terpakai – MGI
*Pahang
Alam Flora Sdn Bhd, Tanah Rata
Hiap Huat Chemicals Sdn Bhd, Bentong
PT Waste Recycling Industry, Kuantan
*Johor
Pembeli Minyak Masak Terpakai – MGI
Agricode Green Sdn. Bhd., Senai
Five Star Recycle (Kluang) Sdn Bhd
Chemalaya Sdn Bhd, Tanjung Langsat, Pasir Gudang
*Melaka
Evergreen Oil & Feed Sdn Bhd, Batu Berendam
Minyak Masak Terpakai, Alor Gajah
*Negeri Sembilan
Kualiti Alam Sdn. Bhd., Port Dickson
Skubai Trading, Pajam
EGA Recycling Sdn. Bhd, Nilai
EcoOils (Negeri Sembilan) Sdn. Bhd
*Sabah
Membeli Minyak Masak Terpakai, Kota Kinabalu
*Sarawak
E-Concern (M) Sdn Bhd, Miri
Kuching Intregrated Waste Management Park (KIWMP), Kuching
Preserve Green Recycle, Kuching
*Labuan
Safe & Clean Oil Recycle Sdn Bhd, Jalan Patau-Patau
Sumber: jimatkaki, nadz.my
0 Ulasan