Kejadian bu.nuh terjadi pada 3 Disember 2012 sekitar jam 4.35 petang di mana suspek telah disyaki membu.nuh seorang wanita warganegara China di dalam bilik bernombor 5646, Tingkat 5, Hotel First World, Genting Highlands.
Tepat jam 4.35 petang pada hari kejadian, anggota polis di balai polis Genting Highlands telah menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki berbangsa India, lelaki tersebut melaporkan ada seorang perempuan terlantar menahan sakit di luar bilik hotel. Lehernya terdapat kesan dikelar. Anggota polis tersebut kemudian memaklumkan kejadian tersebut kepada pegawai penyiasat khas. Pegawai penyiasat pergi ke tempat kejadian bersama jurugambar polis.
Semasa tiba pegawai penyiasat dapat melihat banyak darah di dalam bilik hotel tersebut. Ini disebabkan mangsa ditikam oleh suspek berkali-kali. Mangsa tiada di hotel tersebut kerana telah pun dibawa ke Hospital Kuala Lumpur. Semasa berada di dalam bilik hotel tersebut, pegawai penyiasat berjaya menemui satu sarung pisau celoreng dan satu beg yang mempunyai kesan darah. Mungkin ini ada kaitan dengan suspek. Kondom juga dijumpai dalam bilik tersebut.
Penyelia CCTV hotel kemudian menunjukkan rakaman CCTV pada hari kejadian, rakaman jelas menunjukkan pergerakan seorang lelaki yang memakai penutup mulut, keluar dari bilik mangsa dengan keadaan tergesa-gesa. Seorang saksi yang merupakan ejen memberitahu dia ada menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki. Lelaki tersebut ingin melanggan perempuan, nombor bilik diberikan kepada lelaki tersebut termasuklah bilik mangsa. Pada 4 Disember 2012 jam 12.10 pagi mangsa disahkan telah meninggal dunia di hospital.
Enam hari selepas kejadian pada 9 Disember 2012, polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Bentong telah berjaya menangkap suspek yang dikenali Ng Kian Seng berusia 16 tahun di dalam sebuah kenderaan di Kluang Johor. Beg galas milik suspek juga berjaya dirampas. Polis kemudian pergi menyerbu sebuah rumah di No 21 Jalan Suria 4/2 Taman Purnama, Kluang yang dipercayai ada kaitan dengan kes tikaman tersebut. Beberapa barang telah ditemui, sepasang kasut, penutup mulut, dan tiket bas dari Terminal Bersepadu Selatan ke Klang pada 3 Disember 2012 pada pukul 7.30 malam. Suspek kemudian disoal siasat, suspek memberitahu polis dia telah tunjuk pisau itu, pisau itu disimpan dalam almari bersama baju. Pisau yang dijumpai ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi digunakan suspek ketika meni.kam mangsa.
Selain itu, pihak berkuasa juga merampas satu kemeja berkolar, sepasang seluar jeans, topi hitam, tiket loteri dan satu kalung. Pakar patologi forensik kemudian telah mengesahkan mangsa ma.ti akibat dikelar di bahagian leher. Terdapat 21 jenis kecederaan dikesan pada badan mangsa. Kelaran pada leher mangsa adalah kecederaan yang membawa ma.ut.
Kes dibawa ke Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang. Suspek ditahan dan didakwa atas kesalahan membu.nuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Hukuman gantung menanti suspek jika didapati bersalah. Namun setelah menjalani perbicaraan, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan suspek kerana tiada kes prima facie dibuktikan dalam kes ini. Tiada kes prima facie bermaksud tiada elemen pembu.nuhan dilakukan dan dibuktikan di mahkmah.
Hal ini kerana rakaman CCTV tidak menunjukkan muka suspek, pada akhir kes pendakwaan pesuruhjaya kehakiman berpendapat bahawa pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh dan oleh itu, dia dibebaskan. Pesuruhjaya kehakiman mendapati bahawa terdapat keraguan mengenai identiti lelaki yang dikatakan melarikan diri dari tempat kejadian. Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara kemudian membuat rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi. Pendakwa raya berhujah bahawa bukti-bukti telah jelas menunjukkan kaitan suspek dengan kema.tian mangsa. Mangsa ma.ti akibat perbuatan suspek, rayuan pendakwa raya diterima.
Membela Diri
Tertuduh hadir di mahkamah untuk memberikan keterangannya dan tidak ada saksi yang dipanggil oleh pihak pendakwaan. Tertuduh dalam pembelaannya telah menyatakan pada 3 Disember 2012 bahawa dia pergi ke Genting Highlands seorang diri dengan menaiki bas dari Klang. Setelah berjalan di sekitar Genting Highlands, dia telah pergi ke tandas di tingkat dua First World Hotel. Di tandas dia telah melihat beberapa nombor perkhidmatan pengiring peribadi dan dia kemudian menelefon nombor tersebut. Lelaki yang ditelefon telah memberitahunya beberapa bilik di mana pengawal berada dan dia memilih wanita yang diingininya. Sekitar jam 2.30 petang tertuduh telah memilih salah seorang gadis pengiring dan telah menerima layanan seks.ual l.
Selepas itu tertuduh telah kembali ke Klang pada hari yang sama sekitar jam 7.00 malam dengan menaiki bas. Tertuduh dalam kesnya telah menunjukkan dua perkara penting iaitu pertama, pada hari itu tertuduh telah pergi ke Hotel First World, Genting Highlands untuk mengambil pekerja perkhidmatan pengiring dan bukan mangsa. Kedua tertuduh tidak pernah menunjukkan pisau dengab kesan darah kepada mangsa sebagai dinyatakan oleh tertuduh kepada pegawai polis. Semua kenyataan ini dibuat untuk menafikan bahawa tertuduh terlibat dengan pembu.nuhan ini.
Walaupun pernyataan eksklusif itu diterima sebagai pembelaan yang baik, dalam hal ini pembelaan tanpa alasan sokongan yang kukuh adalah sia-sia. Rakaman CCTV menunjukkan bahawa topi hitam kemeja hitam dan seluar jeans hitam yang dikenakan oleh tertuduh sama dengan barang pakaian yang terdapat di almari rumahnya. Selain itu, tertuduh tidak mampu memberikan pembelaan bagaimana ada DNAnya di HPL Travel Bag yang dijumpai di bilik mangsa.
Hasil dari ujian DNA menunjukkan bahawa tertuduh merupakan penyumbang utama DNA di beg tersebut. Oleh itu, ini menimbulkan keraguan yang munasabah bahawa tertuduh tidak bertemu dan memasuki bilik mangsa seperti dinyatakan tertuduh.
Mengenai pernyataan yang dibuat oleh tertuduh bahawa dia tidak pernah memberikan maklumat mengenai lokasi pakaian dan pisau yang terdapat di almari plastik di biliknya. Selain itu, dalam pernyataan yang dibuat oleh tertuduh oleh pegawai penyiasat, tertuduh telah melukis pisau yang dikatakan digunakan dalam jenayah ini. Tambahan pula, tertuduh menafikan bahawa beg Porter berwarna merah yang dibawanya ke mahkamah adalah beg yang dilihat dalam rakaman CCTV. Pihak pembelaan dalm kes ini berpendapat bahawa terdapat keraguan munasabah mengenai identiti orang yang telah membu.nuh mangsa. Peguamcara dalam kes ini berpendapat bahawa rakaman CCTV tidak menunjukkan tempat kejadian. Oleh itu, tidak ada rakaman tertuduh masuk dan keluar dari bilik. Di samping itu, peguamcara terus berpendapat bahawa penemuan DNA tertudug dalam beg hitam di bilik 5646 tidak cukup untuk membuktikan tertuduh terlibat dengan mangsa beliau meneruskan dengan menyatakan bahawa tidak ada bukti bahawa tertuduh adalah orang terakhir yang bersana mangsa. Selanjutnya, peguamcara berpendapat bahawa ada tempoh 14 jam di mana sesiapa sahaja dapat masuk ke dalam bilik tersebut, pihak pembela juga berpendapat bahawa rakaman CCTV lelaki itu tidak dapat digunakan untuk membandingkannya dengan tertuduh kerana wajah tertuduh ditutup dengan topi.
Keputusan Akhir
Selesai perbicaraan, tertuduh didapati bersalah atas kesalahan membu.nuh. Kesemua elemen pembu.nuhan telah dapat dibuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah. Panel hakin Mahkamah Rayuan Zawawi Salleh, Yaacob Md Sam dan Abdul Karim pada Oktober 2018, memutuskan suspek bersalah atas kesalahan membu nuh mangsa. Bukti jelas mengaitkan suspek dalam kes ini.
Hakim dalam kes ini telah membuat anggapan berdasarkan rakaman CCTV bahawa lelaki yang berada di tingkat lima di First World Hotel adalah tertuduh. Tambahan pula terdapat dua orang saksi perempuan, yang kedua-duanya adalah bekerja sebagai pengiring peribadi telah menyatakan bahawa pada hari itu seorang lelaki telah datang ke bilik mereka untuk mencari perkhidmatan pengiring. Setelah itu, ada bukti menunjukkan ada DNA tertuduh yang dicampur dengan darah mangsa di dalam beg dan DNA tertuduh adalah penyumbang utama pihak pembelaan gagal menjelaskan mengapa DNA tertuduh dijumpai di dalam beg di bilik. Pihak polis juga dibawa oleh tertuduh ke rumah di mana tertuduh telah menyimpan pisau yang digunakan untuk menyebabkan luka yang teruk kepada mangsa dan mengakibatkan kema.tiannya. Sekali lagi tidak penjelasan yang jelas mengapa pisau itu dimiliki oleh tertuduh. Selain itu tiket bas yang telah membuktikan dengan jelas bahawa semasa kejadian tertuduh memang berada di Genting Highlands. Oleh itu berdasarkan bukti yang ada ia menimbulkan anggapan yang jelas dan kuat. Hakim bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh hakim perbicaraan di mana bukti diberikan oleh pihak pendakwaan telah membuktikan semua elemen yang diperlukan untuk memenuhi Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu hukuman gantung sampai ma.ti dan pihak pendakwaan telah membuktikan bahawa tertuduh bersalah tanpa keraguan yang munasabah.
Disebabkan suspek berumur 16 tahun 5 bulan ketika kejadian, suspek dikira bawah umur dan tidak boleh digantung sampai ma.ti (seksyen 97 Akta Kanak-Kanak). Disebabkan itu suspek ditahan di penjara dalam tempoh masa yang diperkenankan oleh Sultan Pahang. Dalam konteks pesalah bawah umur hukuman gantung sampai ma.ti adalah terkecuali, kerana terdapat undang-undang khusus yang memperuntukkan hukuman kepada pesalah bawah umur. Akta Kanak-Kanak 2001 melarang pesalah bawah 18 tahun daripada dikenakan hukuman gantung sampai ma.ti. Suspek kini menjalani hukuman penjara dalam tempoh masa atas perkenan Sultan Pahang. Kami cuba dapatkan motif pembu.nuhan namun tidak dinyatakan secara jelas dalam perbicaraan berkemungkinan ianya bermotifkan r0mpak dan bu.nuh.
Begitulah kesudahan kisah ini, siapa sangka seorang remaja berusia 16 tahun sanggup menghabiskan nyawa orang lain dengan rakus sekali. Dalam hal ini peranan ibu bapa amat penting dalam membentuk keperibadian anak-anak, janganlah terlalu sibuk mencari kekayaan sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anak yang sedang membesar. Bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
0 Ulasan