Kisah Saidina Ali Menggunakan Ped4ng Zulfikar Rasulullah SAW

 


Ada riwayat mengatakan pe.dang Rasulullah ni banyak, ada orang bagi hadiah pada baginda, dan ada juga riwayat mengatakan pe.dang Zulfikar Rasulullah adalah dari Nabi Allah Daud A.S yang turun ke tangan turun ke tangan dan sampai pada seseorang dan beri hadiah pada Baginda Rasulullah SAW. Pe.dang Nabi yang paling masyhur adalah Pe.dang Zulfikar, nabi dapat hadiah pe.dang tu, ada satu cerita Pe.dang Zulfikar ini Nabi beri hadiah pula kepada Saidina Ali ketika Pe.rang Ahzab tau dinamakan Pe.rang Khandak.


Terjadilah satu mesyuarat pada masa tu, Nabi bagitahu pada semua sahabat macam mana ni ramai tentera kafir nak datang ke tempat kita hingga berpuluh ribu tentera musuh, kita ada berapa orang je kata Nabi…lalu Salman Al Farisi mengangkat tangan dan beri idea “Ya Rasulullah kalau di tempat hamba di Iran kalau dengan kekuatan tentera kita yang sedikit ini nak berlawan dengan tentera yang ramai kita hanya mengorek buat lubang sebagai kubu pertahanan. 


Dengan kubu pertahanan ini, kuda juga tidak akan lepas kerana kita akan korek jarak lubang yang besar”.


Lalu Rasulullah SAW menerima pendapat Salman Al Farisi, dan kerahkan semua untuk mengorek lubang sebagai kubu sekeliling Kota Mekah, masa tu arahan Rasulullah ni dah jadi kefarduan kerana berpe.rang akan bermula tak lama lagi. Apabila terjadi pe.rang, semua lompatan tentera berkuda tak lepas, sampaila yang satu ni lepas iaitu Amru ibnu Witri. Selesai melompat dia betul-betul menghadap Rasulullah dan para sahabat, lalu dia bertanya siapa dia yang mahu lawan dengan aku? Semua tunduk terdiam, sahut Saidina Ali aku mahu melawan tetapi Amru buat tak dengar. Kali kedua Amru bertanya siapa yang mahu lawan dengan aku semua tetap berdiam, lalu Saidina Ali menyahut Aku yang mahu berlawan, 


Kata Amru aku tak mahu lawan dengan engkau sebab dulu bapa engkau kawan aku, jadi dengan bahasa sinis Amru takkan la dia nak berlawan dengan orang bawah dan anak-anak. Kali ketiga Amru bertanya siapa yang mahu lawan sekali lagi Saidina Ali menyahut aku mahu berlawan, Amru pun berkata aku takkan bu.nuh kamu tetapi Ali mencelah dan seraya berkata “aku yang akan membu.nuhmu”.


Rasulullah SAW pun bertanya pada Saidina Ali, sungguh kamu nak berlawan dan kamu kenal siapa Amru ibn Witri ini?..Jawab Saidina Ali sungguh dan aku kenal dia orang kampung kami, berkawan dengan bapa ku. Lalu Rasulullah SAW mencabut serban Baginda dan memakaikan ke atas kepala Saidina Ali. 


Ada riwayat mengatakan jika Rasulullah melilit serban atau memakaikan serban ke atas sesiapa ia adalah perlantikan hak bermaksud Nabi merestuinya sebagaimana Gabenor dan penghantar surat pun Nabi pakaikan serban ke kepala mereka. Samalah macam hari ini seorang guru memakaikan serban untuk anak muridnya. Dan Rasulullah SAW pun mengambil pe.dang bernama Zulfikar dari pinggangnya beri kepada Saidina Ali.


Bermula berlawan Rasulullah SAW pun menyebut Bismillah Ala Barakatillah, lalu berlawan la mereka bagaimana tiba-tiba putusla tangan Amru ibn Witri dilibas Saidina Ali, Amru pun berkata aku ingat kamu ni bergurau nak bu.nuh aku rupanya betul kamu nak bu.nuh aku. Dengan marah Amru yang melihat di belakangnya ada seekor kuda bersama tenteranya lalu Amru pun melibas kaki kuda sehingga putus. Tengah berlawan naikla asap-asap debu tanah yang mengabur penglihatan terdengar laungan Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, debu pun turun terlihat muka Amru Ibn Witri terbelah dua dengan pe.dang Zulfikar Nabi. 


Ada riwayat mengatakan muka Amru terbe.lah dari atas kepala hingga leher dia sahaja. Ingat barang peninggalan nabi ni ada hikmahnya dan sanadnya, jika ada orang memegang barang nabi dia akan beritahu sanad terima dari siapa dari siapa, begitu juga rambut nabi dalam riwayat nabi beri rambut baginda 2-3 helai dekat setiap sahabat Baginda, bermakna rambut ini pun bukan benda remeh temeh, ada sebab kenapa nabi bagi rambut pada sahabat.

 


Catat Ulasan

0 Ulasan