Mist3ri Villa Nabila, Nabila disimen di dalam dinding itu | Baca

 


Villa Nabila adalah sebuah bangunan misteri di Pantai Lido, Johor Bahru yang sudah lama kisah seram yang berkaitannya menjadi bualan orang setempat. Banglo itu dipercayai dibiar usang tanpa berpenghuni sejak lebih 30 tahun dan sejak itu pelbagai cerita mistik disebarkan. Lokasi Villa Nabila berdekatan dengan Istana Johor dan terletak berhampiran dengan Danga Bay, Johor Bahru. 




Pintu gerbangnya terletak di bawah bukit berhampiran dengan Christine Palace, dan struktur villa ini bertingkat tingkat dan sangatlah luas. Untuk pengetahuan anda terdapat 3 banglo terbiar di Bukit Serene. Pertama banglo kerabat sultan, kedua Villa Nabila, dan yang ketiga agak dalam sedikit iaitu sebuah banglo seorang doktor yang khabarnya mempunyai cerita mistik juga. 



Tetapi cerita mistik yang paling top sekali ialah Villa Nabila. Lokasi tersebut juga malah terkenal sehingga peringkat antarabangsa apabila portal perlancongan Amerik Syarikat, Expedia menyenaraikan banglo usang itu sebagai antara lokasi menyeramkan di Malaysia.





Terdapat beberapa versi cerita yang sering diperkatakan oleh penduduk setempat. Berikut adalah beberapa versi daripada kisah Villa Nabila ini: 


#Versi 1


Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia di Villa itu. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak merek yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tetapi dia dibu.nuh oleh orang gajinya lalu ma.yatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut.




Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tidak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibu.nuh dengan kejam oleh orang gajinya.


#Versi 2 


Keluarga Nabila telah dirompak, Nabila dir0.gol lalu dibu.nuh dengan kejam, kemudian ma.yatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.


#Versi 3


Villa ini sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari barat, dikatakan sebelum membina villa tersebut si suami telah berjanji untuk bahagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik beradiknya yang berada di negara asalnya. Tetapi bila si suami sudah mendapat tanah itu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik beradiknya yang lain, kemudian adik beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membu.nuh anaknya.



Si suami berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membu.nuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya, akhir sekali si suami juga dibu.nuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga lebih kurang 70 tahun.


Berdasarkan versi 3 ini adalah juga logiknya sedikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View dimana lokasi Villa ini berada terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita orang lama Villa itu sudah wujud di situ sejak tahun 60-an lagi. Villa ini sangatlah cantik pada masa itu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut menjadi tempat yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Daripada situlah bermulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut.



Biasalah bila sudah cerita itu mesti ada oranya yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi sedap itu yang jadi macam-macam versi sehingga sekarang. Tidak dapat dipastikan versi kisah mana yang tepat tetapi lantaran lama ditinggalkan pelbagai cerita momok dan kepercayaan karut disebarkan membabitkan kediaman usang itu. Antara kepercayaan karut mengenai Villa Nabila ialah pengunjung memasuki rumah itu mestilah dalam bilangan genap. Sekiranya bilangan pengunjung adalah ganjil maka akan ada individu lain mengikuti mereka meninggalkan banglo berkenaan. Dengan tarikan dan reputasi Villa Nabila maka pada 18 November 2013 ada sekumpulan 30 remaja mula melangkah masuk ke kawasan banglo usang berkenaan pada lewat malam itu tanpa diduga, tindakan mereka memasuki lokasi menyeramkan itu akhirnya menjadi satu kejadian seram yang menggemparkan negara.




Beberapa jam selepas kumpulan remaja terbabit menceroboh ke kewasan itu, media sosial negara mula disebarkan dengan cerita kononnya 23 daripada remaja terbabit hilang dan ghaib secara misteri.






Penyebaran berita media sosial itu menyebabkan ramai kebingungan dan tertanya-tanya mengenai peristiwa sebenar yang berlaku kepada mereka. Adakah mereka sesat dibawa ke alam lain atau hilang angkara tindak balas makhluk mistik yang mendiami Villa Nabila? Bertindak daripada laporan media sosial itu, maka beberapa wartawan cuba menjejaki kesahihan dakwaan berkenaan, antaranya sebuah akhbar berjaya menemui remaja terbabit dalam kejadian itu dan selepas ditemuramah ternyata kisah diceritakan mereka ketika memasuki lokasi itu amat menyeramkan dan memeranjatkan.



Sebelum kejadian, mereka berkumpul di kawasan bandar sebelum semua bersetuju memasuki banglo berkenaan, apabila tiba di perkarangan rumah, mereka mula berasa seram sejuk kerana kawasannya terlalu gelap dan masing-masing hanya menggunakan lampu telefon bimbit. Kemudian mereka berpecah kepada beberapa kumpulan dengan masing-masing meninjau rumah induk di belakang daj rumah tamu di hadapan. Mereka semua berjalan dengan senyap dan apabila memasuki sebuah bilik di tingkat dua rumah induk, tiba-tiba salah seorang melihat kelibat kanak-kanak berlari melintasnya.



Sementara itu, polis menafikan dakwaan media sosial kononnya 23 remaja hilang di banglo itu sebaliknya siasatan mendapati hanya seorang remaja lelaki 16 tahun hilang berdasarkan laporan dibuat ibu mangsa.











Tindakan cekap polis dalam melakukan siasatan terhadap kes misteri berkenaan akhirnya menjumpai remaja lelaki terbabit. Akan tetapi mangsa bukannya disorok hantu atau sesat di alam ghaib sebaliknya remaja lelaki terbabit hilang dan tidak pulang ke rumah kerana menginap di rumah rakannya di Flat Taman Desa Mutiara di Tebrau. Mengikut siasatan remaja lelaki itu bimbang dimarahi ibu kerana pulang lewat lalu mengambil keputusan tidur di rumah kawan. Dia hanya sedar kehilangannya itu menggemparkan ramai pihak apabila polis datang mencarinya di rumah rakan itu.



Kemudian mangsa tampil memohon maaf kerana telah menyusahkan ramai pihak. Terungkainya misteri kehilangan remaja di Villa Nabila pada tahun itu secara tidak langsung memberikan kesimpulan yang amat bermakna kepada semua rakyat Malaysia bahawa tidak semua cerita panas yang disebarkan menerusi laman sosial boleh dipercayai.


Walaubagaimanapun misteri Villa Nabila juga pernah berjaya menarik perhatian penerbit Metrowealth David Teo untuk difilemkan. Banglo berhantu tersebut dikhabarkan kini dijadikan tempat perlindungan anjing terbiar. 



Sebuah pertubuhan anjing terbiar, Companion Animal Resque Effort Society CARES Johor telah mengambil inisiatif menjadikan villa tersebut tempat tinggal ratusan ekor anjing dibawa jagaan mereka. Pengasas dan pengerusi CARES berjaya mendapatkan kebenaran daripada pemilik terkini villa berkenaan, Mr Lim Sue Heng yang berasal dari Singapura apabila ditanya jika berlaku perkara-perkara pelik sepanjang berada di villa tersebut, Chia akui tidak mengalami apa-apa perkara pelik.



Namun beberapa pengunjung dan pembantu menceritakan kepadanya pengalaman ngeri mereka ketika menjenguk anjing-anjing itu.


Menurut Chia, pada mulanya Lim memintanya untuk menjadi penjaga rumah itu buat sementara, jadi dia membuat keputusan untuk meletakkan tiga hingga empat ekor anjing untuk menghalang mana-mana penceroboh di kawasan berkenaan. Namun selepas beberapa ketika, Chia meminta izin Lim untuk menempatkan anjing-anjing terbiar yang dijaganya di villa berkenaan.


Chia mengambil keputusan untuk memindahkan mereka di Villa Nabila kerana lokasinya yang strategik terletak di tengah bandar.


Kesimpulannya kisah Villa Nabila ini dianggap salah satu cerita urban legend yang sehingga kini tidak dapat dirungkaikan dan semestinya kesahihannya tidak dapat dipastikan, memang benar villa ini menyimpan pelbagai rahsia malangnya sehingga sekarang tiada bukti yang sahih.




Catat Ulasan

0 Ulasan