Warga Nigeria ke tali gan.tung | Berikut kronologi kes Siti Kharina

 






Kes pembu.nuhan Siti Kharina Mohd Kamaruddin dianggap satu kejadian yang cukup menyayat hati. Berikut kronologi beliau: 



Pada 8 Mei 2019 Siti Kharina Mohd Kamaruddin ketika itu berusia 40 tahun, beliau bekerja sebagai Ketua Jururawat di Hospital Serdang sejak 2014. Beliau tinggal berjauhan dengan suami dan tiga orang anak perempuannya berusia 10 hingga 14 tahun di Kuala Pilah Negeri Sembilan.



Namun Siti Kharina dilaporkan tidak pulang ke rumah dan tidak melaporkan diri ke tempat kerja oleh rakan serumahnya sejak 8 mei, rakan serumah memaklumkan perkara itu kepada keluarganya pada jam 10 pagi dan usaha ahli keluarga cuba menghubungi Siti Kharina juga gagal. 


Kali terakhir Siti Kharina dilihat berada di kawasan parkir Hospital Serdang pada jam 4 petang dan masih berpakaian kerja berwarna biru dan memandu kereta model Honda City berwarna putih dengan nombor pendaftaran BEY1361. Suaminya menjelaskan mereka berdua tidak ada masalah keluarga dan kali terakhir dia bercakap dengan isterinya pada rabu lalu dimana Siti Kharina memaklumkan dia akan pulang ke Kuala Pilah selepas tamat bertugas pada hari itu.



Polis menjalankan inkuiri berhubung kehilangan Siti Kharina dan mengklasifikasikan sebagai kes orang hilang. Pada 13 Mei 2019 masih tiada khabar berita dan tiada sebarang petunjuk mengenai kehilangan Siti Kharina. Usaha mencari Siti Kharina giat dijalankan di beberapa kawasan seperti Seri Kembangan, Nilai, Cyberjaya, Serdang dan laluan ulang alik ke Kuala Pilah dan serta kawasan sekitarnya, namun usaha mereka menemui kegagalan.


Polis juga tidak berjaya mengesan dimana keberadaan Siti Kharina, pihak berkuasa dan keluarga mohon bantuan orang ramai mengesan Siti Kharina. Pada 14 Mei 2019, tersebar maklumat yang mendakwa Siti Kharina telah ditemui selamat, tetapi dakwaan itu disangkal oleh ahli keluarga mangsa, usaha mencarinya diteruskan, keluarga mangsa turut menggesa orang awam membantu mencari Siti Kharina.


Pada 15 Mei 2019 ma.yat seorang wanita ditemui di sebuah rumah sewa di Cyberjaya pada jam 2.30 petang, mayat ditemui oleh pemilik unit kondominium berkenaan yang datang ke unit itu bersama dua pekerja penyelenggaraan untuk membaiki mesin basuh yang dilaporkan rosak. Ma.yat ditemui dalam keadaan reput dipercayai sudah meninggal dunia sejak seminggu lalu. Terdapat kesan kelar di leher dan dada mangsa, ma.yat dihantar ke Unit Forensik untuk dibedah siasat.








Pada 16 Mei 2019 dua suspek lelaki Pakistan dan wanita Nigeria berusia 38 dan 35 tahun ditahan awal pagi selepas meneliti video rakaman kamera litar tertutup CCTV di sekitar kawasan kondominium yang disewa mangsa, setelah disoal siasat polis kini sedang memburu suspek lelaki warga Nigeria yang dikenali sebagai Aliwajuwon yang disyaki suspek utama, kemudian pada petangnya suspek utama ditahan sepasukan pegawai dari anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Cheras Sentral Kuala Lumpur, tiga suspek terbabit akan direman bersama dan polis sedang menyiasat motif sebenar kejadian dan menolak kemungkinan mangsa dirom.pak kerana barang berharga milik mangsa tidak hilang dan tiada sebarang kesan pecah masuk. 



Polis sedang menunggu laporan bedah siasat sama ada mangsa diro.gol atau sebaliknya, jenazah mangsa telah dibawa pulang ke Kampung Tengah Seri Menanti Kuala Pilah Negeri Sembilan dan dikebumikan selepas asar. Ahli keluarga mangsa menggesa pihak berkuasa mengheret pelaku ke muka pengadilan. 


Pada 17 Mei 2019 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat mengesahkan punca kema.tian mangsa adalah akibat luka hir1san di leher, keputusan itu diperoleh selepas hasil bedah siasat terhadap ma.yat mangsa yang dijalankan pada khamis. Malah polis menolak kemungkinan mangsa diro.gol  terlebih dahulu sebelum dibu.nuh.


Laporan bedah siasat dikeluarkan Hospital Serdang tidak menyatakan mangsa diro.gol, namun menyatakan kema.tian mangsa akibat ke.lar di leher pada, adik mangsa Khairani Kamaruddin memuat naik status mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa dan rakyat Malaysia yang membantu mencari kakaknya.



Pada 18 Mei 2019 polis berkata pihaknya tidak mengetahui kewujudan rumah sewa yang didiami oleh Siti Kharina kerana laporan awal yang diterima mengatakan mangsa tinggal di kuarters kakitangan bersama rakan-rakannya, Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata maklumat itu hanya diperoleh polis secara kebetulan selepas menerima laporan berkaitan penemuan satu ma.yat di sebuah unit kondominium Third Avenue di Cyberjaya selepas melakukan siasatan, ma.yat tersebut disahkan adalah ma.yat Siti Kharina dan kondo berkenaan juga disewa oleh mangsa. Ahli keluarga dan rakan sekerja mangsa tidak mengetahui tentang kondominium tersebut. 


Pengawal keselamatan kondominium berkenaan, Zulkifli Abdullah berusia 47 tahun mengakui mengenali mangsa dan setiap hari membuka pagar untuk laluan jururawat itu keluar bekerja atau urusan lain. Menurut Zulkifli memang hari-hari Kharina keluar masuk kawasan ini, setahunya mangsa tinggal seorang diri sebab suami dan anaknya ada di Negeri Sembilan. Namun kelibat Siti Kharina tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu sehinggalah mangsa ditemui dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa, tambah Zulkifli dia pernah melihat wanita itu masuk ke kawasan kondominium berkenaan dengan seorang lelaki warga asing tetapi tidak pasti sama ada mereka tinggal bersama atau sebaliknya.














Siasatan terkini polis mendapati Siti Kharina mengenali suspek warga Nigeria sejak Januari lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata suspek berusia 30 tahun itu pernah bertemu dengan Siti Kharina di unit kondominium berkenaan beberapa kali. Pemilik kondominium menyewakan rumah itu kepada Siti Kharina sejak awal tahun, polis telah mengetahui suspek tinggal secara haram di Malaysia selepas permitnya tamat tempoh.


Pihak polis sedang menyiasat jika suspek dan dua lagi suspek warga Pakistan dan Nigeria terbabit dengan kegiatan jenayah lain seperti love scam, macau scam atau kes penipuan lain termasuklah da.dah.


Pada 19 Mei 2019 pihak polis mengesahkan suspek menyewa kondo bersama Siti Kharina, polis mengesahkan suspek utama kes pembu.nuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamaruddin menyewa bersama wanita itu di unit Kondomimium Third Avenue di Cyberjaya sejak Januari 2019. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor berkata mereka berdua menyewa bersama di unit Kondominium berkenaan yang juga lokasi ma.yat Siti Kharina ditemui.


Suspek warga Nigeria itu juga mempunyai kad akses masuk ke kondominium berkenaan, berdasarkan siasatan polis ke atas suspek dan juga keterangan saksi saksi lain mendapati Siti Kharina hanya secara on off menginap di kondominium berkenaan, bagi melengkapkan siasatan  polis telah memanggil beberapa individu untuk diambil keterangan dan tidak menolak kemungkinan untuk memanggil lagi beberapa individu lain. 




Pada 23 Mei 2019 Mahkamah Majistret Sepang memerintahkan tempoh tahanan reman seorang lelaki warga Nigeria disambung 7 hari berkuatkuasa 24 Mei sehingga 30 Mei bagi membantu siasatan kes pembu.nuhan ini, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor tempoh reman wanita Nigeria dan Lelaki Pakistan disambung 7 hari mulai 23 hingga 29 Mei.  


Pada 27 Mei 2019 suspek utama kes pembu.nuhan akan dituduh di mahkamah mengikut seksyen 302 kanun keseksaan kerana membu.nuh pada masa yang sama mahkamah turut memerintahkan rakan Pakistan suspek Rasool Ghulam dikenakan jaminan bon mahkamah sebanyak rm11,000 daj wanita warga Nigeria Cletus Gelen Eboh 35 tahun sebanyak rm13,000, kedua-dua mereka diarahkan menyerahkan passport antarabangsa kepada mahkamah sehingga kes selesai.


Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A.Akhiruddin suspek utama kes bu.nuh ketua jururawat Hospital Serdang itu Aliwujowon mengangguk faham akan pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa inggeris, bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes melibatkan pertuduhan membu.nuh itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, Timbalan Pendakwaraya Nasharina Nazlan memohon tarikh sebutan semula kes untuk mendapatkan laporan DNA, forensik, kimia, CCTV Kondominium Third Avenue dan telefon bimbit, daripada 3 suspek polis akan mendakwa seorang sahaja secepat mungkin, yang lain akan jadi saksi.


Apakah motif sebenar?


Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata suspek yang ditahan masih enggan mendedahkan, tetapi polis memperolehi bukti nyata berkaitan kes berkenaan tapi sebenarnya sebelum ini pihak polis tidak menolak kemungkinan mangsa dan suspek bergaduh sebelum kejadian. Adakah ini punca pembu.nuhan tersebut?


Mengikut kenyataan polis dengan penahanan ketiga suspek ini polis mengklasifikasikan kes ini berjaya diselesaikan. 













Semoga Siti Kharina Kamruddin ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. ALFATIHAH

Catat Ulasan

0 Ulasan