Dijangka fenomena pecah konsert akan berlaku di Kuala Lumpur Malaysia tahun hadapan, 4 Mac 2023. Kumpulan Blackpink yang kini sedang rancak berdosahh di Amerika Syarikat menjadi pembuka selera peminat Malaysia untuk menunggu kedatangan mereka pada Mac tahun hadapan.
Rose |
Jennie |
Baru-baru ini pengurusan Blackpink telah mengemaskini tarikh-tarikh jelajah mereka ke benua asia menerusi hantaran di media sosial.
Konsert Blackpink itu bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur untuk sehari sahaja iaitu pada 4 Mac 2023.
Antara lokasi lain yang Blackpink akan membuat konsert sehari sahaja iaitu Riyadh, Abu Dhabi, Kaohsiung, dan Singapura, manakala kota Bangkok kekal dengan dua malam.
Lain pula cerita dengan destinasi seperti di Hong Kong, Jakarta dan Manila pihak organisasi bersetuju untuk menambah ekstra satu malam persembahan.
Ini bermakna Blackpink akan berada di Jakarta dan Manila selama dua malam, tetapi Hong Kong mendapat layanan istimewa apabila mereka akan berada di sana selama tiga malam.
Jisoo |
Lisa |
Pada tahun 2019 Blackpink pernah melakukannya di Stadium Melawati Shah Alam dan pada saat-saat akhir mereka menambah lagi satu malam dan menjadikannya dua malam.
Tidak sampai dua hari kaunter dibuka, tiket penjualan habis untuk konsert hari pertama seterusnya meyakinkan Blackpink untuk terus berada di Shah Alam menjadikan konsert pada hari itu selama dua malam.
Peminat juga boleh mendapatkan tiket Blackpink di Born Pink World Tour dengan lebih pantas menerusi pra jualannya.
Caranya dengan menyertai BLINK MEMBERSHIP Weverse Shop dan daftarkan diri bagi pra jualan tiket, bagi konsert di Kuala Lumpur pendaftaran akan dibuka dari 31 oktober hingga 2 November 2022 pada minggu hadapan.
Sekiranya tidak berpeluang membeli kerana penuh, peminat boleh mendapatkan tiket konsert di Singapura sebagai alternatif lain di mana pendaftaran akan dibuka dari 7-9 November 2022.
Sumber: Remaja
0 Ulasan