Ahli Politik Selar Tindakan Guna Logo DAP & PH Pada Replika Cek Sumbangan Jika Ia Bajet Kerajaan

 


Pemuda Umno dan MCA menyelar tindakan DAP dan Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo parti mereka pada replika cek peruntukan kerajaan kepada beberapa sekolah di Perak.

Ini selepas pemimpin DAP Perak Nga Kor Ming, yang juga menteri pembangunan dan kerajaan tempatan, dilihat berada di dalam gambar penyerahan replika cek tersebut yang mengandungi logo DAP dan PH di beberapa sekolah di Perak.

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mengecam penggunaan logo parti, menuntut Nga untuk memberi penjelasan mengenai sumber dana itu.

“Adakah sumbangan ini dari pihak kerajaan?

“Dan jika dari pihak kerajaan, apakah kaitan logo DAP berada di ‘mock up cheque’ sumbangan tersebut?

“Jangan jadi bodoh bila dah menjadi menteri,” tulis Akmal di Facebook.

MENYUSUL LAGI

Catat Ulasan

0 Ulasan