Isteri Simbah Asid Kepada Suami, Kantoi Curang





Kajang: Akibat cemburu, seorang isteri tergamak menyimbah asid ke badan suaminya di rumah mereka di Taman Megah, di sini, awal pagi tadi.

Difahamkan, beberapa hari sebelum kejadian, wanita berusia 51 tahun itu memeriksa telefon bimbit suaminya yang berusia 48 tahun dan rahsia suaminya mempunyai hubungan sulit terbongkar.

Dalam kejadian jam 2.55 pagi itu, wanita terbabit menyimbah asid yang disimpan di dalam botol.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, anak pasangan berkenaan terdengar jeritan bapanya sebelum mendapati bapanya itu disimbah asid.

"Anak pasangan berkenaan yang berusia 19 tahun segera membawa bapanya ke Hospital Kajang.

"Bagaimanapun, mangsa dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur kerana parah," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Selepas hampir 48 jam bertarung nyawa, seorang pendawai elektrik, yang melecur teruk selepas disyaki disimbah asid oleh isterinya sendiri menemui ajal kelmarin.

Lelaki yang berusia 48 tahun itu disahkan meninggal dunia pada pukul 9 malam kelmarin ketika menjalani rawatan susulan di Hospital Kajang di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard, mangsa didapati melecur sebanyak 64 peratus pada bahagian badan.

“Mangsa meninggal dunia pada pukul 9 malam semalam (kelmarin) ketika menjalani rawatan di Hospital Kajang,” Kes disiasat dibawah 302 Kanun Keseksaan. 

Kredit:Kosmo

Catat Ulasan

0 Ulasan