Da'i Syed Dijatuhi Hukuman Penjara 10 Tahun, Tiga Sebatan

 


Pendakwah selebriti, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium lima tahun lalu.

Memetik Harian Metro, Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan.

Hukuman penjara berkuat kuasa hari ini dan Da’i Syed dilihat menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh sebaik mendengar keputusan berkenaan.




Da’i Syed yang hadir ditemani isterinya, Hana Ismail yang baru melahirkan cahaya mata mereka memeluk wanita berkenaan.

Pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan pendakwah itu atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, daripada tuduhan itu tanpa memanggilnya membela diri.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, jam 1.35 malam pada 11 September 2019.

SUMBER: Harian Metro

Catat Ulasan

0 Ulasan