Pempengaruh media sosial Alif
Teega bakal didakwa di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur pada Jumaat (hari ini).
Perkara tersebut di kongsi menerusi
laman TikTok rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis.
Menerusi kenyataan tersebut, pihak
mereka telah mendapat keizinan mahkamah untuk mendakwa Alif atau Mohad Hazalif
Mohd Hazani, 30.
Tidak dapat dipastikan sama ada
isterinya iaitu Aisyah Hijanah akan dituduh pada prosiding berkenaan.
Malah menerusi hantaran tersebut, SPRM
tidak menyatakan secara jelas tuduhan yang bakal dikenakan terhadap Aliff di
mahkamah.
Bagaimanapun, usahawan tersebut
dipercayai bakal didakwa atas dua tuduhan menyalahgunakan dan awam.
Alif dan Aisyah ditahan pada 10 Julai
lalu bagi membantu siasatan atas dakwaan menyeleweng dana derma awam.
Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke
Mahkamah Majistret Putrajaya sehari kemudian bagi mendapatkan perintah reman.
Mereka menjalani tahanan reman sehingga 16 Julai.
0 Ulasan