Jaga kami tahu suami & keluarga kamu - Ahli GISBH ugut bekas ahli

 


Putrajaya: Lelaki yang memiliki tiga isteri, yang juga ahli kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) , didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menakutkan secara jenayah terhadap bekas ahli jemaah organisasi itu, awal bulan ini.

 

Bagaimanapun, bapa 10 anak itu, Mohamad Riza Makar, 39, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Afiq Hasan.

 

Mengikut pertuduhan, ahli perniagaan itu didakwa menakutkan secara jenayah terhadap seorang wanita berusia 25 tahun dengan mengeluarkan kata-kata, 'kita tunggu ... kami tahu dekat mana rumah, suami dan keluarga'.

 

Kata-kata itu dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepada wanita berkenaan yang enggan menarik balik laporan polis yang dibuatnya.

 

Kesalahan itu dilakukan di tempat letak kenderaan sebuah kompleks pejabat di Presint 4, di sini, 10 malam, 9 September lalu.

 

Oleh itu dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun, atau denda, atau dengan kedua-duanya.

 


Catat Ulasan

0 Ulasan