Lelaki ceroboh rumah ketua kampung, maut kepala tersepit di pintu

 


PERCUBAAN seorang lelaki untuk memecah masuk dan mencuri di sebuah bangunan sekolah berakhir tragedi apabila kepalanya terkepit pada pintu kayu.

 

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Sekolah Menengah Atas Negeri 1 Mihing Raya, Kalimantan di Indonesia.

 

Ketua Polis Sepang, Inspektor Polis Gunung Mas Debby Soesilo berkata, individu tersebut berusia 34 tahun dan bekerja sebagai petani.

 

 "Terdapat saksi melihatnya cuba menceroboh masuk bangunan sekolah tersebut, dia juga didapati telah merosakkan kunci serta mencungkil pintu kayu berkenaan.

 

"Pada awalnya, kepala dia sudah masuk ke dalam ruangan sebelum tiba-tiba tersepit di bahagian leher dan sukar dikeluarkan.

 

"Dia berkemungkinan meninggal dunia kerana kekurangan oksigen," ujarnya.

 

Menurut Debby, pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang melalui kawasan tersebut pada awal pagi Khamis sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

 

Tambahnya, mayat lelaki itu dibawa keluar dan siasatan lanjut dilakukan di lokasi.

 

Terdahulu, klip video lelaki terbabit terkepit pada pintu tular di media sosial sehingga mendapat perhatian warga maya.


Kredit: MStar

Catat Ulasan

0 Ulasan