GARA-GARA kerap melayani mesej
peminat di media sosial, penyanyi Naqiu mendedahkan pernah menerima gangguan
seksual daripada peminat misteri.
Berkongsi mengenai perkara itu,
Naqiu atau Wan Naqiuddin Mohd Najib, 38, berkata dia terkejut apabila mendapat
tahu peminat wanita yang kerap menganggunya itu merupakan isteri orang.
“Mula-mula dia DM saya cakap perkara positif mendoakan kemudian bertukar ke arah lebih intim...dia boleh sembang hal atas katil.. melampau sangat tu.
“Saya beritahu pihak pengurusan
dan mereka hubungi individu terbabit dan mengejutkan wanita itu adalah isteri
orang.
Sambungnya, “Saya juga suruh dia berhenti kerana ia akan memberi kesan dengan rumahtangga saya dan dirinya. Jika tidak berhenti, saya akan dedah perbualan tersebut dan selesaikan dengan pihak luar.
“Bagi saya dia bukan peminat, dia hanya orang yang sakit. Sebab saya tak pernah sorok status saya. Saya kemana-mana semua orang tahu saya seorang suami dan bapa kepada anak-anak”.
“Saya dapat berhubung dengan suami wanita itu, rupa-rupanya wanita itu ada gangguan mental dan ada surat pengesahan daripada doktor, nasib baik isteri saya tak marah dan dia hanya ketawakan saya saja bila tahu perkara ini,” katanya.
Kredit: MStar
0 Ulasan