KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor,
Datuk Seri Siti Nurhaliza hanya mampu tergelak berhubung komen mengatakan
dirinya tiada 'job', hanya disebabkan sering buat tutorial teknik solekan dalam
media sosial.
Lebih selesa bersikap hunuzon,
Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Taruddin menganggap pihak yang
membuat komen negatif mungkin tidak mengikuti perkembangan terkininya.
"Ya, saya baru baca semalam
dan memang kelakar.
"Mungkin tak tahu yang saya
baru selesai mengadakan konsert atau mungkin juga dia baru keluar daripada
tempurung.
"Saya buat 'live' bersolek
maknanya saya tengah buat kerja," katanya.
Sering berdepan komen negatif
dalam media sosial membuatkan penyanyi Aku Cinta Padamu itu percaya komen
seperti itu kebiasaannya ditulis oleh mereka yang belum matang fikiran.
"Mungkin yang tulis
budak-budak sekolah. Biasanya, orang macam itulah tiada benda nak disentuh.
walaupun ada pihak mentertawakan Siti Nurhaliza sbg “artis takda job” hanya sebab buat live promosi produk di TT / IG (bagi jobs kat orang), Siti tetap meneruskan target kehidupan tanpa peduli kata2 nista itu..
— 고운 흰 천 (@BAD_ARSILA) September 2, 2024
terima kasih Siti kerana terus berjalan, berkongsi rezeki & membumi https://t.co/ZxysJ03ZDO pic.twitter.com/iC8my1tSHC
"Tak mengapa, ia tak
tinggalkan kesan pun. Kita maafkan sahaja dia," ujar Siti ditemui selepas
sesi rakaman Podcast Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36 di
Balai Berita, Bangsar, di sini, hari ini.
Terdahulu, seorang pemilik akaun
platform X mendakwa ada beberapa pihak panas hati dan mentertawakan Siti kerana
sering mempromosikan produk kecantikannya, SimplySiti dan BeauSiti ketika
membuat sesi live dalam TikTok.
Tidak mendiamkan diri, anak tiri Siti, Asyraf Khalid tampil membidas tuduhan tidak berasas pihak yang busuk hati itu.
Kredit: Berita Harian
0 Ulasan