Suami penyabar walau dilempang tidak membalas

 


Kehilangan suami yang pergi buat selama-lamanya pasti membuatkan isteri sedih, tetapi dalam kes ini berlaku sebaliknya apabila seorang wanita sanggup memaki hamun pasangan yang jasadnya sudah terbujur kaku.

 

Kejadian isteri melepaskan amarah terhadap jenazah suami itu dikongsi Zainuddin Omar, yang memberitahu bahawa si isteri naik berang apabila mengetahui suaminya berpoligami.

 

"Pernah terjadi di Taman Tun Dr Ismail, si suami meninggal dunia dan isteri kedua datang melawat dan membuat pengakuan.

 

 "Si isteri pertama maki hamun pada mayat suami yang terbujur. Pandainya si lelaki menyorokkan isteri kedua di sebuah rumah hujung jalan yang sama selama 10 tahun," katanya.


Perkongsian Zainudin bagaimana seorang isteri melepaskan geram kepada jenazah suami

Zainuddin berkongsi pengalamannya itu susulan perkongsian Pakar Pewarisan Harta Islam, Muhammad Hanis Mazlan yang pernah berdepan situasi sama.

 

"Dalam banyak-banyak pengalaman urus pusaka yang tak boleh lupa adalah apabila isteri lempang muka mayat suami apabila tahu yang suami kahwin dua senyap-senyap.

 

"Isteri kedua datang tuntut bahagian faraid ketika urusan jenazah," kata Muhammad Hanis.

 

Perkongsian yang tular itu menarik perhatian pengguna media sosial dengan ada yang mengakui pernah berdepan dengan situasi hampir sama.

 

"Pernah juga kawan cerita, mak dia isteri kedua, masa arwah pak tiri dia meninggal, mak dia pergi ziarah macam kawan-kawan sebab isteri pertama tak tahu suami dia kahwin lain.

 

"Masa tu umur saya 20an, terfikir juga masa tu, ingatkan orang muda ja buat perangai macam tu, rupanya warga emas pun ada peel begitu, macam-macam," kata seorang warganet.

 

"Masa kanak-kanak banyak cerita lelaki berbini dua kantoi hanya bila dihantar ke kubur. Masa tua pula suami sibuk ikut geng surau bila geng surau meninggal kemalangan, saya dalam perjalanan pergi rumah isteri kedua.

 

"Meriah suasana di hospital bila dua isteri berebut jenazah," kongsi Musli Katir Habib.


Pengguna media sosial berkongsi pengalaman akibat merahsiakan perkahwinan kedua daripada isteri pertama

Sementara itu, mengikut hukum faraid, bagi mereka yang berpoligami setiap isteri juga berhak mendapat bahagiannya. Sekiranya suami meninggal dunia dan meninggalkan anak maka hak isteri ke atas harta pusaka adalah 1/8.

 

Sekiranya si mati mempunyai lebih daripada seorang isteri maka bahagian 1/8 tersebut akan dibahagi secara sama rata di antara para isteri yang ada iaitu sama ada 1/16 jika dua isteri, 1/24 jika tiga isteri dan 1/32 jika empat isteri.

Catat Ulasan

0 Ulasan