Tular rakaman lelaki sengaja ludah dan tendang kereta Tesla


Seorang pemilik Tesla terkedu selepas melihat rakaman dashcam apabila ada lelaki tidak dikenali membuat vandalisme terhadap keretanya.

 

Menerusi rakaman video itu, terdapat tiga orang melalui di hadapan keretanya.

 

Lelaki yang berada di belakang sekali secara tiba-tiba menendang bahagian hadapan kereta.

 

Menurut pemilik kereta EV itu, lelaki terbabit juga telah meludah ke keretanya.

 

Kejadian terbabit berlaku di Nexus Bangsar South pada Sabtu lalu, 8/9/2024.

 

VIDEO: 


Tambahnya lagi, dia sudah membuat laporan polis pada hari yang sama.


Bagaimanapun oleh kerana tiada kerosakan fizikal, pihak polis cuma menerima laporan, namun tiada fail kes akan dibuka.

 

Setakat artikel ini ditulis, hantaran Facebook itu mendapat lebih 2,000 kali perkongsian.

 

Hantaran video itu mengundang tanda tanya, mengapa dua orang lagi tidak menegur lelaki berkenaan dan gelakkan tindakan lelaki tersebut.

 

Ada mendakwa berkemungkinan lelaki itu mempunyai ‘masalah kesihatan’ berdasarkan video terakam pada dashcam.


Kredit: Vocket 

Catat Ulasan

0 Ulasan