Mana YB tempat pelajar ni kenapa tak datang bantu apa patut -
Warga maya
Kita rasa kita paling tersusah rupanya ada lagi orang yang lebih
memerlukan, itulah kata-kata ramai warganet apabila melihat sebuah video murid
sekolah menaiki 'besen' ke sekolah di sebuah pedalaman.
Dalam video itu menunjukkan murid berkenaan menggunakan tangan
sebagai pengayuh di samping 'besen' dijadikan sebagai perahu untuk ke sekolah.
@borak_viralofficial Murid jadikan 'besen' sebagai perahu untuk ke sekolah, ya Allah risaunya keselamatan diorang!!! Berita penuh layari kisahjalanan.life #kisahjalanan #mediahotnews #borakviral #fyp #foryoupage #tiktoker ♬ Pusara Di Lebuhraya By Ekamatra - Abam_JiwangkapaK
Seperti sedia maklum pedalaman di Sabah dan Sarawak, sungai mereka
dihuni berpuluh ribu ekor buaya dan ia amat merisaukan jika penduduk seperti
murid sekolah berkenaan akan disambar buaya.
Besen dijadikan sebagai perahu oleh murid sekolah |
Sebuah jambatan dicadangkan warganet untuk pembinaan bagi
memudahkan murid untuk ke sekolah selain orang awam juga dapat menggunakannya
dengan lebih selamat.
Katanya lagi, kenapa kita mampu membina bangunan pencakar langit
sedangkan sebuah jambatan yang mampu menyelamatkan nyawa manusia tidak
diutamakan.
Dan lebih lagi ia dapat memudahkan orang awam untuk menyeberang
sungai dengan kadar selamat dan cepat.
Namun, berita ini masih lagi tidak dapat dipastikan di mana, ada
yang berkata bukan di pedalaman Sabah dan Sarawak tetapi ia berlaku di negara
Kemboja.
Apapun kita sebagai manusia yang prihatin bolehlah menyalurkan
maklumat dan jadikan ia sebagai misi kita membantu orang ramai.
0 Ulasan