Ibu dan bapa sanggup melakukan apa
sahaja demi kebahagiaan anak-anak.
Malah ada yang cuba ‘membaiki’ dosa atau kesilapan
silam yang dilakukan anak bagi memastikan masalah tidak timbul di kemudian
hari.
Perkara sama cuba dilakukan wanita ini selepas
mendapati anaknya menjalinkan hubungan seksual bersama teman wanita.
"Anak saya telah melakukan zina dengan
teman wanitanya. Mereka melakukannya secara sukarela... perempuan mengaku rela,
begitu juga anak saya disebabkan mereka bercinta.
"Anak saya berumur 18 tahun manakala pihak
perempuan berumur 16 tahun 11 bulan. Sekarang tiada siapa yang tahu perkara ni
kecuali saya.
"Saya sangat menyayangi anak saya, tak mahu
dia terlibat dalam mahkamah atau pun kes polis," luahnya di grup Facebook.
Sebagai ibu, dia cuba mencari jalan penyelesaian
terbaik untuk masalah anaknya dan pasangan.
Bagaimanapun, usahanya tidak berhasil apabila
keluarga pihak perempuan enggan memberi kerjasama.
Bukan itu sahaja, hasrat untuk menikahkan kedua-dua
mereka tidak dapat dilakukan kerana dihalang oleh kelurga pihak perempuan.
"Sekarang, kami telah cuba untuk berbincang
supaya mengahwinkan mereka berdua tetapi pihak perempuan enggan mengahwinkan
mereka.
"Saya buntu, saya tidak mahu anak saya
terlibat dalam perzinaan lagi," tambahnya lagi.
Meskipun sedih dengan apa yang berlaku, namun
wanita ini mengakui kesilapannya kerana tidak mengendahkan permintaan anak
lelaki yang ingin mendirikan rumah tangga di usia muda.
"Anak saya dan teman wanitanya dah lama minta
untuk dikahwinkan tetapi saya tidak hiraukan mereka. Silap saya.
"Sekarang, mereka merayu dengan saya agar
dikahwinkan. Apakan daya saya menolak dan ada betulnya juga supaya diaorang
dikahwinkan," luahnya sesal.
Pada masa sama, dia turut meluahkan rasa bimbang
seandainya masa depan anaknya menjadi gelap disebabkan masalah yang dihadapi
kerana akan membabitkan polis dan mahkamah jika laporan dibuat.
Satu soalan yang hakim akan tanya pada wali atau saksi, adakah dengan mengahwinkan anak akan selesai masalah puan? -WARGA MAYA
Tambahan pula, anaknya merupakan pelajar cemerlang
dan mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).
"Anak saya Alhamdulillah mendapat SPM 9A
manakala pihak perempuan juga akan mengambil SPM.
"Saya yakin dengan mereka, lagipun sekarang ni
anak saya sudah bekerja sambil melanjutkan pelarajaran peringkat ijazah.
"Dia juga memenuhi semua keperluan saya
biarpun dalam kesempitan," katanya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan
pandangan tentang perkahwinan yang dirancang.
Antara reaksi netizen |
Tidak kurang juga golongan pengamal undang-undang
yang tampil berkongsikan kaedah serta tatacara yang perlu dilakukan.
"Jika puan nak kahwinkan anak juga, puan kena
berbincang dengan mereka dan terangkan satu persatu di alam rumahtangga macam
mana, terangkan tentang tanggungjawab dan yang penting terangkan dugaan kerana
berkahwin bukanlah mudah.
"Saya pendaftar di mahkamah syariah yang
sentiasa mendengar kes nikah bawah umur. Satu soalan yang hakim akan tanya pada
wali atau saksi, adakah dengan mengahwinkan anak akan selesai masalah puan?
Nikah bawah umur wajib ada laporan sosial dari JKM (Jabatan Kebajikan
Masyarakat), laporan kesihatan dan laporan polis sebelum hakim pertimbang untuk
meluluskan permohonan.
"Kahwin bukan jalan penyelesaian, pisahkan
mereka dan bertaubat. Suruh anak-anak sambung belajar.
"Boleh nak kahwin. Tapi kena bagi kefahaman dahulu, takut nanti ada anak kecil bercerai-berai dan lebih memudaratkan semua. Dari segi perundangan kena minta izin mahkamah anak perempuan bawah 18 tahun untuk kahwin," demikian perkongsian warga maya.
0 Ulasan