Baru dua bulan menyertai kumpulan rock lagenda Search,
penyanyi Pasya Mentor mendedahkan dia berdepan sedikit kesukaran untuk
menyesuaikan diri pada permulaannya hingga menjejaskan tahap kesihatannya.
Berkongsi mengenai perkara itu, Pasya atau
Faizul Asyraf Fauzi, 30, berkata kerana kesukaran untuk menyampaikan lagu
kumpulan tersebut membuatkan dirinya mudah sakit.
“Yang saya lalui sepanjang dua bulan
berada dengan kumpulan Search ni saya banyak mengalami kesukaran pada mulanya
hingga sakit.
“Nyanyi lagu Search bukan senang, sebab tu
sering sakit... nasib baik tak masuk hospital.
Menurut laporan Mstar - “Walaupun baru saja dua bulan tapi ahli Search banyak bantu saya dan berikan kepercayaan malah layan dengan baik serta tak anggap sebagai orang luar atau baru... Alhamdulilah macam keluarga,”.
Dalam perkembangan lain, Pasya bersama Search bakal mengadakan persembahan di Konsert Rock Warrior Festival pada 23 dan 24 November depan di Kuala Lumpur Base Sungai Besi yang dianjurkan oleh Datuk Awie.
0 Ulasan