Seorang murid berdepan kesukaran untuk berjalan gara-gara memakai kasut lebih besar daripada saiz kakinya.
VIDEO memaparkan seorang murid lelaki menyeret kasutnya
ketika sedang berjalan di sekolah meraih perhatian netizen.
Menurut pemilik video yang dikenali sebagai Cikgu Farrah,
murid itu terpaksa meletakkan gumpalan kertas kerana saiz kasut yang dipakainya
terlalu besar.
Selepas dimaklumkan tentang masalah tersebut, Cikgu Farrah
berkata dia terus mengukur kaki murid itu sebelum membelikan kasut baharu
buatnya.
"Minggu lepas ada kawan beritahu, suruh tengok kasut
murid ni sebab dia jalan seret-seret kasut dan aku pun memang tak cakap banyak,
terus ukur kaki dia dan pergi beli kasut baharu untuk dia.
"Sedihnya bila masa nak ukur saiz kaki, nampak kertas
dalam kasut. Dia sumbat kertas-kertas sebab kasut tu besar," tulis Cikgu
Farrah.
Video di aplikasi TikTok itu meraih lebih setengah juta
tontonan dalam tempoh 14 jam selepas ia dimuat naik.
"Cikgu, janganlah buat saya menangis pagi-pagi ni". - Netizen
Dalam video itu, kasut berwarna hitam yang dipakai murid
berkenaan juga kelihatan sudah lusuh dan buruk,
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sayu
melihat kedaifan yang terpaksa dilalui murid berkenaan.
Malah, ada dalam kalangan netizen yang mengakui tumpah air
mata kerana tersentuh mengenangkan nasib malang kanak-kanak itu.
"Allahuakhbar. Auto jatuh air mata aku pagi ni. Terima
kasih cikgu.
"Cikgu, janganlah buat saya menangis pagi-pagi ni,"
tulis netizen.
Selain mengucapkan terima kasih kepada guru itu, netizen
turut berkongsi kisah mereka yang melalui pengalaman sama ketika zaman
kanak-kanak mereka.
"Dulu pernah kasut berlubang, tak ada tapak. Lama juga.
Satu hari cikgu panggil, tiba-tiba ada hamba Allah bagi duit suruh beli kasut
baru.
"Pernah alami dulu. Ayah beli kasut bundle warna putih,
ada warna kuning-kuning. Semua kawan tanya. Sedihnya waktu tu, tapi saya
bersyukur ada kasut untuk dipakai.
"Aku tak boleh tengok video macam ni. Sebab aku pernah
lalui semua tu. Bila ingat balik, sedih.
"Anak orang susah, demi ilmu sanggup pergi sekolah dalam
serba kekurangan. Saya pun pernah rasa dulu.
Kredit: MStar
0 Ulasan