Penangan tular, roti canai gadis terjual 1,000 keping sehari

 


Tular rakaman aksi menebar roti canai seorang gadis yang dimuat naik di Tiktok membuatkan Noor Syazwani Abd Ghani 19 tahun tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan terhadap menu sarapan pagi itu.

 

Anak keenam daripada lapan beradik itu berkata jualan roti canai di gerai milik keluarganya di Indera Mahkota 2 di sini mencecah dua kali ganda berbanding sebelumnya.

 

Menurutnya semua ini disebabkan kuasa tular daripada pengguna media sosial selepas tular videonya dikongsi oleh warga maya.

@yaya_deh Kedai bukak nahh 😘 #fyp ♬ Hitungan Cinta Speed Up - zy

 

"Selepas tular video saya, tak sangka jualan naik, pelanggan datang dari Fb, tiktok dan daripada penduduk setempat" katanya.

 

Pada Sabtu lalu tular video berdurasi 17 saat memaparkan Syazwani menunjukkan kemahirannya menebar roti canai di akaun tiktok.

 

Rakaman itu mendapat lebih 2.6 juta tontonan dan dikongsi ke pelbagai platform media sosial lain.

 

Susulan itu pelanggan datang dari serata tempat untuk merasai roti canai dihasilkan oleh gadis ini, Noor Syazwani atau nama panggilan keluarga Nadia mengatakan kakaknya juga memainkan peranan di belakang tabir dalam mempromosikan perniagaan mereka di Tiktok.


Catat Ulasan

0 Ulasan