Ada macam-macam kisah dalam dunia penerbangan daripada kru kabin, ada yang seram dan tersembunyi, selain itu ada juga pengalaman yang tidak boleh dilupakan.
Bagi kru kabin yang membawa jemaah Haji dan Umrah, pengalaman mereka kadang-kadang diselebungi dengan insiden yang tidak logik dan tidak dapat dijelaskan oleh akal.
Seperti perkongsian Bella dari Berjaya Air yang hadir ke podcast Borak dalam Galley yang diacarakan oleh Zarul Umbrella dan CK Faizal ini, beliau berkongsi kisah seram membawa jemaah ke tanah suci Mekah.
Dalam video pendek yang kini ditonton sebanyak lebih 1 juta tontonan di akaun TikTok @zarulumbrellaofficial, Bella berkongsi pengalaman jemaah haji atau umrah yang mahu beribadah ke tanah suci meninggalkan ‘barang’ sebelum berangkat untuk beribadah.
Tidak pasti apakah barang tersebut, namun di bahagian komen, para netizen mendakwa bahawa ‘barang-barang’ tersebut adalah saka yang sudah berdamping lama dengan tuannya.
Bagaimanapun, apabila ditanya apakah barang yang penumpang tinggalkan yang pernah Bella jumpa, beliau berkata bahawa setakat ini beliau tidak mempunyai pengalaman berjumpa dengan barang-barang tersebut.
Namun satu kisah seram yang beliau tidak boleh dilupakan adalah bilamana beliau mahu berehat di ‘crew bunk’, iaitu tempat tidur khas untuk kru berehat di dalam kapal terbang.
Pada waktu rehat, dia mengajak rakannya untuk naik ke ‘crew bunk’ tetapi rakannya meminta untuk dia naik dahulu.
Ketika dia tiba di atas, dia melihat rakannya sudah berada di sana.
Pelik, tetapi dia tak berfikir panjang. Cuma dia rasa hairan kerana rakan sekerjanya sampai lebih awal daripada yang disangka, tetapi tiada perbualan berlaku antara mereka. Hanya diam sahaja.
Kredit: Vocket
0 Ulasan