ISLAMABAD – Seorang pesohor
media sosial di Pakistan mencetuskan kemarahan netizen selepas memuat naik
video dia menunggang seekor harimau yang dirantai pada leher, lapor laman
berita NDTV semalam.
Nouman
Hassan berkongsikan video tersebut di laman Instagram baru-baru ini.
Ia
menunjukkan lelaki itu duduk di belakang harimau di sebuah kawasan terbuka.
Latar
belakang video itu menunjukkan terdapat dua kandang, dengan setiap satu
daripadanya menempatkan seekor singa jantan dan betina.
Video
itu mengundang kemarahan pengguna media sosial dengan ramai menyuarakan
kebimbangan mengenai keadaan haiwan-haiwan tersebut dan layanan tidak
berperikemanusiaan terhadap hidupan liar.
“Manusia
jenis apa yang sanggup merantai haiwan besar seperti itu untuk tujuan hiburan?”
kata seorang netizen.
“Harimau
itu kelihatan tidak berdaya. Ini adalah kekejaman terhadap haiwan,” kata
pengguna media sosial lain.
Menurut
laman berita India Today, Nouman memelihara beberapa ekor haiwan liar termasuk
harimau, citah, ular dan buaya.
Kredit:
AGENSI
0 Ulasan