Seorang pengguna media sosial merayu kepada Shuib Sepahtu
agar tidak dikenakan tindakan selepas membuat tuduhan kononnya pelawak itu
menunggang arwah isterinya.
Sorry bang saya dah delete” “Maaf bang. Saya khilaf.
Saya kena buat apa untuk tebus kesalahan saya?
Walaupun wanita itu sudah meminta maaf, Shuib tetap bertegas
mahu membawa isu ini ke mahkamah.
InsyaAllah jumpa di mahkamah ya
Awak tau kan saya pernah saman orang di mahkamah hanya kerana
posting bodoh?
Apabila ditanya apa alasanya untuk menulis tentang perkara
tersebut, wanita itu seakan sedar pada bahwa dirinya tidak memahami perasaan
orang yang kematian ahli keluarga.
Saya dah berkahwin. Dah kehilangan arwah ayah 11 tahun lepas.
Saya sedar sepatutnya saya bersikap lebih memahami.
Shuib juga memaklumkan dirinya tidak boleh menerima apabila
orang bercakap buruk tentang arwah,
Saya sebenarnya terlalu “pantang” bila orang kaitkan arwah,
bercakap buruk. FAHAM????!!!!!!!!
Sebagai pengguna media sosial jaga tutur kata dan jangan sesekali memetik nama orang yang
sudah meninggal dunia untuk perkara yang tidak baik.
Kredit: Ohmedia
0 Ulasan